Baju buatan bahan buangan环保服装

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

Namun jika ditanya kenapakah pentingnya kitar semula? Kemungkinan pelbagai jawapan yang diterima. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

 Slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse  (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.

Marilah menyaksi pakaian-pakaian buatan daripada barangan buangan yang cantik ini. Sekolah saya mengadakan pertandingan mereka baju buantan daripada barangan buangan. Lihat rekaan-rekaan yang cukup mengagumkan ini....



Baju ini dibuat daripada beg plastik....



Hohoho......baju ini buat daripada guni merah bawang....



Lihat Puteri "Peacock",bajunya dibuat oleh ibunya...



Tahukah anda baju ini buat daripada apa? ya, dibuat daripada tayar... kasut juga...























Link-link yang berkaitan :
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Ffelicityfairyland.blogspot.com%2Fsearch%2Flabel%2F%E7%BA%A2%E5%8C%85%E7%81%AF%E7%AC%BC~%E7%A5%88%E7%A6%8F%E5%AE%9D%E8%8E%B2%E7%81%AF%E5%88%B6%E4%BD%9C%E6%B3%95&h=xAQEgTM32AQExk8uxzQjFqU8iesult4juw3Wxi1R9j4MUHQ

没有评论: